top of page

Perkhidmatan Feri Kuala Perlis Ke Langkawi Dibuka Semula Bermula Sabtu

Perkhidmatan feri untuk pelancong dari Terminal Feri Kuala Perlis ke Pulau Langkawi akan dibuka semula Sabtu ini bagi memenuhi permintaan pelancong ketika ini.



Pembukaan laluan masuk ke Langkawi melalui Terminal Penumpang Feri Kuala Perlis itu bagaimanapun hanya terhad kepada satu perjalanan dijadualkan beroperasi setiap hari setakat ini.


Selain perjalanan dari Terminal Feri Kuala Perlis, perkhidmatan feri dari Terminal Feri Kuala Kedah turut ditambah kepada dua perjalanan satu hari.



Mengikut rekod, perjalanan melalui Terminal Penumpang Kuala Perlis adalah sebelum ini adalah 10 kali sehari manakala kemasukan melalui Terminal Penumpang Kuala Kedah adalah lapan kali sehari.


Penambahan perjalanan ini diharap dapat membantu industri pelancongan Langkawi yang hampir mati ketika ini dan membuka kembali peluang pekerjaan sektor pelancongan, peruncitan dan perhotelan di Langkawi.



Sebelum ini, perkhidmatan feri dari Kuala Perlis dihentikan disebabkan larangan merentas negeri dan daerah berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Bagaimanapun, operasi feri hanya dilakukan di Terminal Feri Kuala Kedah namun semua penumpang perlu menunjukkan surat kebenaran merentas daerah atau negeri yang dikeluarkan oleh polis.


Selain itu orang ramai perlu belajar hidup dengan normal baru dan patuhi prosedur operasi standard (SOP).


Jika anda merancang untuk ke Langkawi, kami turut menyediakan pakej percutian ke Langkawi bermula dari RM555 untuk dua malam.



Pakej ini merangkumi, penginapan 2 malam di Pulau Langkawi, Tiket feri dari Kuala Perlis atau Kuala Kedah ke Pulau Langkawi, sarapan setiap hari dan peralatan snorkeling untuk melakukan aktiviti snorkeling.


Untuk maklumat lanjut tentang pakej ini, boleh lihat di sini.


22 views

Comments


Related Articles

bottom of page