Jika buka media - media sosial, wujud ramai ahli - ahli 'pakar' yang mengaitkan ketibaan vaksin di Malaysia dengan pesawat yang bertulis 'Oneworld' dengan agenda halus golongan iluminati selain tak kurang yang menyamakan ia sebagai salah satu dari agenda Dajjal.


Jom kami kongsikan penulisan pengguna Facebook Abrar Haron berkenaan kisah sebenar Oneworld ini.
Oneworld, Dajjal dan Codesharing
Secara ringkasnya Oneworld ini bukanlah projek dajjal, tetapi salah satu dari projek kerjasama antara beberapa syarikat penerbangan.
Projek kerjasama ini dikenali sebagai Airline Alliance. Terdapat beberapa airline alliance di seluruh dunia, tetapi yang paling popular ; Oneworld, Star Alliance & Skyteam.

Setiap alliance dianggotai oleh beberapa airlines. Untuk Oneworld, terdapat 13 syarikat penerbangan yang terlibat iaitu; American Airlines, British Airways, Cathay Pacific, Finnair, Iberia, Japan Airlines, Malaysia Airlines, Qantas, Qatar Airways, Royal Air Maroc, Royal Jordanian, S7 Airlines, Sri Lankan Airlines, Fiji Airways dan Alaska Airline.

Mereka semua ni kekuatannya merangkumi 3,500 buah pesawat, 1,000 lapangan terbang (destinasi penerbangan) dan 650 lounge di lapangan terbang.
Fungsi Alliance (sekutu)?
Terdapat banyak fungsinya seperti meluaskan rangkaian penerbangan dan lain-lain. Tapi fungsi utama alliance ini boleh kita katakan terletak pada Codesharing.
Codesharing pula merupakan kerjasama antara dua airlines (atau lebih) untuk ‘berkongsi’ satu penerbangan.

Kerjasama ini membenarkan sesebuah airlines menjual tiket penerbangan dari airlines yang lain.
Sebagai contoh Malaysia Airlines menjual tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke Amman di laman webnya. Tetapi penumpang akan terbang bersama dengan Emirates dan bukannya Malaysia Airlines.
Ini kerana Malaysia Airlines sebenarnya tidak mempunyai penerbangan dari Kuala Lumpur ke Amman.

Dalam kes ini kita namakan Malaysia Airlines sebagai ‘marketing carrier’ kerana mereka yang menjual tiket tersebut. Dan kita namakan Emirates sebagai ‘operating carrier’ kerena mereka yang akan menerbangkan penumpang.
Kelebihan Code Share
Antara kelebihan codeshare kita dapat terbang dengan airlines kegemaran kita dengan harga yang lebih murah.Kita jadikan penerbangan Emirates dari Kuala Lumpur ke Amman sebagai contoh.
Bayangkan anda merupakan peminat setia Emirates. Anda sangat berpuas hati dengan layanan dan keselesaan Emirates. Maka anda bercadang untuk terbang ke Amman Jordan dengan menaiki airlines ini.
Tiket Penerbangan Lebih Murah
Anda semak harga tiket penerbangan Kul - Amm di laman web Emirates. Terpapar nilai RM 4200. Walaupun anda mampu bayar harga tiket tersebut, tetapi anda rasa ianya tidak berbaloi dan sangat mahal.

Jangan risau. Di sini fungsi codeshare memainkan peranan penting untuk dapatkan tiket penerbangan yang sama dengan harga yang lebih murah.
Anda buka laman web Malaysia Airlines dan buat carian tiket yang sama. Harga tiket yang terpapar sekitar RM 2400. Hampir 60% lebih murah berbanding harga tiket yang dijual oleh Emirates.

Kemudian anda perlu cari maklumat detail pada tiket Malaysia Airlines tersebut. Cari tulisan ‘operated by Emirates’. Ini bermaksud tiket yang dijual oleh Malaysia Airlines ini sebenarnya dari penerbangan Emirates.
Malaysia Airlines adalah marketing carriers. Manakala Emirates pula operating carries.
Tadaa..Untuk penerbangan yang sama, anda dapat jimat sekitar RM 800 !
Kumpul Mata 'Air Miles' Sebagai Frequent Flyer
Sebahagian traveler yang kerap berada di atas awan kebiasaannya cenderung untuk terbang bersama dengan satu atau dua airlines yang sama dan biasanya mereka akan gunakan sebanyak mungkin kesempatan mengumpul air miles frequent flyer kegemaran.

Sekali lagi codeshare memainkan peranan yang penting di sini.
Walaupun anda beli tiket penerbangan dari marketing carrier, tetapi anda layak untuk terima air miles dari operating carrier tersebut. Sebagai contoh : anda beli tiket penerbangan dari Beirut ke Doha di laman web Middle East Airlines (MEA). Tetapi anda akan terbang bersama Qatar Airways.
Maka MEA adalah marketing carrier dan Qatar Airways pula sebagai operating carrier. Dengan kewujudan codeshare ini, anda layak untuk terima air miles di bawah frequent flyer program Qatar Airways, walaupun tiket dijual oleh MEA.
Mendapat Manfaat Status 'Elite'
Kebanyakan airlines beri kelebihan status elite kepada pelanggan airlines lain yang bernaung di bawah alliance yang sama.
Antara kelebihan elite status ini dapat masuk lounge mewah secara percuma, berat bagasi extra, priority boarding dan lain-lain lagi.
Kebiasaannya pemegang status elite sebuah airlines berpeluang mendapatkan kelebihan status elite dari airline lain yang bernaung di bawah alliance yang sama.Tetapi terdapat juga sebahagian airline yang beri kelebihan ini kepada penumpang airline lain yang mempunyai codeshare yang sama, walaupun airline tersebut berada di bawah alliance yang berbeza.
Contohnya jika anda memiliki elite status di MEA, maka anda juga layak untuk terima kemudahan dan layanan yang diberi kepada penumpang yang memegang elite status di Qatar Airways.
Walaupun Qatar Airways bersama dengan alliance Oneworld dan MEA bersama alliance Skyteam, tetapi dengan kelebihan codeshare ini anda boleh dapatkan kelebihan status elite yang sama.
Nak tahu lebih lanjut, boleh rujuk ke laman web Oneworld sendiri.
Comments