top of page

Istimewa Untuk Orang Zon Utara!

Istimewa untuk anda yang berada di zon utara Malaysia! Bagi anda yang ingin ke negeri Perlis yang terkenal sebagai negeri serba indah lagi permai untuk berhujung minggu. Tetapi masih tercari-cari dimanakah lokasi perlancongan, atau tempat penginapan yang boleh dimasukkan ke dalam senarai pemilihan anda. Disini kami sertakan cadangan yang sesuai untuk rujukan anda.


Cara untuk ke Perlis:


Anda boleh datang ke Perlis melalui Lebuhraya Utara Selatan terus menuju ke utara semenanjung Malaysia. Pemanduan yang sederhana menggunakan kereta mengambil masa selama 2 jam 45 minit jika anda datang dari utara Perak, 2 jam 15 minit jika dari Pulau Pinang dan 1 jam dari Kedah.


Bagi anda yang ingin datang ke Perlis menggunakan kemudahan pengangkutan awam seperti bas ekspres, anda boleh membeli tiket menuju ke stesen bas Kangar atau Kuala Perlis mengikut lokasi yang anda ingin pergi sepanjang berada di negeri Perlis.


Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) juga membolehkan anda untuk datang ke negeri Perlis iaitu menuju ke stesen keretapi Arau atau Padang Besar yang mengambil masa lebih singkat berbanding memandu kereta.


Tempat penginapan untuk anda:


1. The Putra Regency Hotel


Gambar kredit: Facebook - The Putra Regency Hotel

Bagi anda yang ingin tinggal berdekatan dengan bandar Kangar, anda boleh memilih untuk menginap di The Putra Regency Hotel kerana lokasinya yang strategik berada di daerah komersial bandar Kangar, Perlis.


Sekiranya anda lebih suka hotel dengan keselesaan yang mewah, pastinya The Putra Regency Hotel lebih sesuai untuk anda. Sama ada anda seorang pelancong atau melancong untuk urusan perniagaan, The Putra Regency Hotel adalah pilihan terbaik untuk penginapan ketika datang ke negeri Perlis.



Gambar kredit: theregencyhotel.my/theputraregency

Fasiliti dan perkhidmatan yang terdapat di hotel ini ialah perkhidmatan dobi, kolam renang, bilik mesyuarat, ruangan meletak kenderaan yang mencukupi, WiFi, pengangkutan (atas permintaan) dan meja hadapan (24 jam).


Sudah semestinya anda akan merasai pengalaman menginap di hotel yang sangat selesa disamping bercuti di negeri Perlis. Pemilihan hotel yang selesa amat penting selepas anda seharian keluar ke tempat-tempat perlancongan dan ingin pulang berehat.


Alamat: The Putra Regency Hotel 135, Persiaran Jubli Emas 01000, Kangar Perlis, Malaysia.



2. Hotel Seri Malaysia Kangar


Hotel Seri Malaysia yang sudah dikenali ramai kerana terdapat banyak cawangan hotel di seluruh negara merupakan salah satu hotel yang boleh anda menginap ketika datang ke negeri Perlis.


Hotel yang di sekitarnya terdapat bukit batu kapur dan kehijauan sesuai untuk anda yang menginginkan suasana hotel yang tenang. Terletak berdekatan bandar Kangar dan tidak jauh untuk mendapatkan akses keperluan amat memudahkan para penginap di sini.


Bagi mereka yang suka akan ketenangan hotel dan inginkan lokasi hotel yang sedikit jauh dari jalan utama, Hotel Seri Malaysia Kangar sangat sesuai untuk anda. Berdekatan dengan Hotel Seri Malaysia Kangar ini juga terdapat Bukit Cenderawasih yang boleh didaki untuk anda yang meminati aktiviti mendaki bukit dan melihat pemandangan sekitar bandar Kangar.


Fasiliti dan perkhidmatan yang terdapat di hotel ini ialah perkhidmatan dobi, Wifi, kolam renang, surau, tempat meletak kenderaan, bilik mesyuarat, kemudahan BBQ, dan meja hadapan (24 jam).


Alamat: Lot 8101 Mukim Utan Aji, Persiaran Wawasan, 01000 Kangar, Perlis, Malaysia.



3. Nakawan Basecamp

Kepada anda yang mahukan penginapan yang berkonsepkan perkhemahan bersama rakan-rakan atau bersama ahli keluarga, di Perlis juga terdapat tapak perkhemahan yang boleh anda bermalam.



Nakawan Basecamp ini bersebelahan Taman Rekreasi Bukit Ayer. Lokasinya sesuai untuk berkhemah dan melakukan aktiviti fizikal kerana disediakan fasiliti yang mencukupi untuk sesiapa sahaja datang berkhemah.



Di sini disediakan kemudahan surau, tandas, ruangan BBQ dan kemudahan asas yang lain. Suasana malam di sini yang tenang dengan bunyi air sungai yang mengalir memberikan suatu pengalaman perkhemahan yang menyeronokkan untuk anda.



Lokasi Perlancongan yang Boleh Anda Lawati:


Di negeri Perlis sudah semestinya akan menyajikan anda sebuah pengalaman yang memukau dengan kekayaan flora dan faunanya. Bagi anda yang datang untuk berhujung minggu di negeri Perlis, kami senaraikan beberapa lokasi perlancongan yang anda boleh lawati seperti:


1. Nat Pokok Getah


Gambar kredit: jalankegunung.blogspot.com

Nat ialah panggilan nama bagi pasar pagi atau pasar sehari di negeri Perlis. Nat Pokok Getah merupakan pasar pagi yang berada di Arau. Keunikan pasar pagi ini yang menjadikannya popular dalam kalangan penduduk sekitar serta penduduk negeri Perlis ialah kerana pasar pagi ini berada di dalam kawasan tanaman pokok getah.


Gambar kredit: jalankegunung.blogspot.com

Pelbagai jenis jualan yang ada di sini termasuklah makanan, barangan memasak, pakaian, anak-anak pokok hiasan, buah-buahan dan macam-macam lagi.


Gambar kredit: rollinggrace.com
Gambar kredit: rollinggrace.com

Bagi anda yang mahukan suasana pasar pagi yang meriah dengan keseronokan membeli pelbagai jualan amatlah disarankan untuk datang ke sini. Di sini terdapat warung untuk sarapan dan menjamu selera. Berbagai jenis kuih tradisional tempatan boleh dijumpai. Anda boleh meluangkan masa pagi anda di sini disamping dapat bersarapan dengan pelbagai jenis makanan yang dijual.


Gambar kredit: rollinggrace.com
Gambar kredit: dboystudiomakan.blogspot.com

Harga barangan yang dijual di sini berpatutan seiring dengan pendapatan penduduk setempat. Bagi anda yang datang ke sini boleh meletak kenderaan di bahu jalan dan tidak dikenakan sebarang bayaran tetapi perlu berhati-hati dan mematuhi keselamatan jalan raya.


Waktu operasi:
Nat Pokok Getah ini beroperasi pada setiap hari jumaat dan ahad.
7:00 pagi hingga 3:00 petang



2. Arked Niaga Padang Besar



Gambar kredit: kenhuntfood.com

Anda yang ingin membeli-belah terutama golongan wanita pasti suka akan lokasi seterusnya ini. Di Arked Niaga Padang Besar membolehkan anda untuk tawar menawar harga dengan para penjual di sini. Terletak bersempadan dengan Malaysia-Thailand menunjukkan campuran konsep jualan yang mempunyai kedua-dua unsur dari dua buah negara di sini.


Walaupun negara sedang menghadapi pandemik COVID-19, urusan urusniaga di Arked Niaga Padang Besar berjalan seperti biasa dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang sepatutnya.



Kemeriahan sebelum ini masih kekal walaupun jumlah kedai yang dibuka tidak seratus peratus. Para pengunjung tetap datang untuk membeli-belah di sini seperti biasa dengan pengamalan norma baharu. Kepada anda yang ingin datang ke sini tidak perlu risau kerana di Arked Niaga Padang Besar dan di Padang Waremart iaitu bangunan yang lebih baru masih beroperasi seperti biasa dengan jualan yang pelbagai.


Gambar kredit: xplorasidestinasi.com

Bagi anda yang ingin datang ke sini boleh dengan memandu kereta atau dengan keretapi. Anda boleh menaiki keretapi dan turun di stesen keretapi Padang Besar untuk ke arked niaga ini. Jarak antara arked niaga dan stesen keretapi tidaklah begitu jauh, boleh berjalan kaki sahaja, menaiki kemudahan ‘Grab’ atau membayar ‘shuttle van’ yang ada di stesen keretapi Padang Besar. Kemudahan meletak kenderaan di sini amat selesa dan mencukupi untuk para pengunjung yang datang.


Gambar kredit: xplorasidestinasi.com

Pelbagai jenis jualan yang ada di sini termasuklah makanan dari Thailand, pakaian untuk lelaki dan wanita, alatan memasak, cenderamata dan banyak lagi. Menariknya di sini, anda boleh tawar menawar harga barangan yang anda ingin beli dengan harga yang dipersetujui mengikut kepandaian anda sendiri.


Arked niaga yang luas dan mudah untuk para pengunjung datang pasti akan membuat anda berasa tidak rugi jika datang kerana keluasan tempat membeli-belah ini sudah mencukupi untuk memuaskan hati anda.


Gambar kredit: xplorasidestinasi.com

Jika anda inginkan pengalaman membeli-belah dengan suasana yang lebih meriah, kami sarankan untuk datang pada hari sabtu atau ahad.


Waktu operasi:
Dibuka pada setiap hari dan lebih meriah pada hari sabtu dan ahad. 
8:00 pagi hingga 7:00 petang.


3. Gua Kelam 2


Gua Kelam merupakan nama yang tidak asing lagi jika disebut tentang lokasi yang wajib datang di Perlis. Gua Kelam ini merupakan gua melombong bijih timah yang kedua tertua di dunia selepas Brazil. Pada kali ini kami akan berkongsi tentang Gua Kelam 2 yang boleh anda lawati untuk mereka yang gemarkan aktiviti berhujung minggu yang lebih mencabar.



Gambar kredit: ohsemnow.com

Gua Kelam 2 adalah gua yang tidak jauh dari Gua Kelam 1. Membezakan dua gua ini adalah bagaimana cara untuk kita menikmati gua tersebut. Di Gua Kelam 1 adalah lebih santai tetapi di Gua Kelam 2 adalah lebih mencabar.


Di Gua Kelam 2 menyediakan eksplorasi gua untuk orang ramai terutama mereka yang penggemar aktiviti gua. Gua batu kapur yang hebat dengan keunikan stalaktit dan stalagmit serta bentuk gua yang pelbagai amat sesuai dengan aktiviti eksplorasi gua di sini.


Bagi anda yang berminat untuk mengetahui bayaran dan cara menempah ‘tour guide’ untuk memasuki dan menjalankan aktiviti eksplorasi Gua Kelam 2, anda boleh menghubungi kami di talian yang kami sertakan di akhir artikel ini.


Eksplorasi Gua Kelam 2 ini juga boleh dilakukan oleh para remaja yang inginkan masa bersama rakan-rakan. Aktiviti yang tidak selalu kita jalankan ini sudah pasti akan memberikan sebuah pengalaman yang tidak akan dilupakan. Telah ramai anak muda datang ke Gua Kelam 2 ini untuk menikmati aktiviti di sini dan memberikan satu kepuasan kepada diri mereka kerana dapat merasai satu pengalaman yang baru.


Waktu operasi:
Isnin - Jumaat = 8:00 pagi hingga 5:00 petang
Sabtu, Ahad & Cuti umum = 8:00 pagi hingga 6:00 petang

4. Muzium Kota Kayang


Ramai antara kita yang merupakan pencinta sejarah. Muzium Kota Kayang amat sesuai untuk anda lawati untuk pencinta sejarah dan juga kepada orang ramai yang ingin tahu tentang sejarah Kota Kayang ini sendiri.


Terdapat tiga galeri iaitu galeri am yang mempamerkan kronologi pembinaan Kota Kayang, galeri arkeologi yang mempamerkan hasil penyelidikan Kota Kayang dan sekitar negeri Perlis serta galeri Kedah / Perlis yang mempamerkan salasilah diraja negeri Perlis.



Galeri ini dikelilingi oleh pelbagai bukit iaitu Bukit Kayang, Bukit Lambong Panah, Bukit Jagat Hutang, Bukit Wai dan Bukit Menara. Oleh itu anda sudah boleh membayangkan bahawa lokasi galeri ini amat tenang dan cantik dengan keindahan floranya.


Di samping anda datang untuk menikmati dan mempelajari ilmu sejarah yang ada, anda juga boleh meluangkan masa menenangkan fikiran daripada kesibukan kota ketika berada di muzium ini.


Waktu operasi:
Dibuka pada setiap hari.
9:00 pagi hingga 5:00 petang.

Bayaran masuk:
Percuma 



Tempat Makan yang Boleh Anda Kunjungi:


Di negeri Perlis mempunyai banyak tempat makan yang boleh anda pergi. Mengikut citarasa masing-masing, kami senaraikan beberapa cadangan untuk anda cuba seperti berikut:


1. Restoran Sri Pauh

Gambar kredit: saji.my

Restoran ini dibuka pada awal pagi, sesuai untuk anda bersarapan di sini yang menyajikan roti canai yang lembut di dalam dan garing di luar. Selain roti canai, nasi berlauk juga disajikan di sini bagi mereka yang inginkan sarapan berat di pagi hari.



Menjelang tengahari, di Restoran Sri Pauh akan menyediakan pelbagai jenis lauk pauk dan juga terdapat nasi ayam dan bihun sup yang boleh dipesan di sini untuk santapan tengahari dan petang.


Pada lewat petang sekitar jam 6:30 petang, anda boleh mencuba menu sate di restoran ini. Ketika malam restoran ini menyediakan manu masakan tempatan, masakan ala Thai dan banyak lagi.


Menu terkenal di Restoran Sri Pauh ialah nasi goreng kampung dan kuetiau Kungfu.


Waktu operasi:
7:00 pagi hingga 12:00 tengah malam
Dibuka setiap hari kecuali sabtu.


2. Warung Tepi Sawah

Bersarapan melihat pemandangan sawah padi yang menghijau seakan-akan sebuah lukisan pasti anda yang datang ke sini akan berpuas hati. Di samping bersarapan dengan pelbagai jenis menu yang sedap, anda juga boleh bergambar berlatarbelakangkan sawah padi yang menghijau.


Menu sarapan yang disediakan di Warung Tepi Sawah ialah capati, peknga ikan seekor, pulut ikan kering, roti canai, nasi lemak dan banyak lagi.


Harga yang ditawarkan di sini amat mesra dompet dan kami cadangkan anda untuk datang ke sini bersarapan ketika anda berada di negeri Perlis.


Menu terkenal di Warung Tepi Sawah ialah ubi kayu rebus dicicah dgn gula perang dan kelapa parut dan peknga ikan seekor.


Waktu operasi:
Dibuka pada setiap hari kecuali hari isnin
7:00 pagi hingga 12:00 tengahari


3. Restoran Anjung Keli

Gambar kredit: rajacuti.com

Restoran Anjung Keli merupakan lokasi makan yang popular di negeri Perlis untuk makan tengahari. Disajikan dengan beraneka jenis lauk pauk dan pernah terkenal dengan lebih 12 jenis sambal dan air asam, berpuluh jenis ulam-ulaman, dan berbelas jenis kerabu.


Gambar kredit: bharian.com.my

Di sini juga sesuai untuk anda yang suka makanan yang dibakar kerana di Restoran Anjung Keli menyediakan ikan bakar daripada pelbagai jenis ikan, ayam bakar, daging bakar, perut bakar dan paru bakar.



Lokasinya yang tidak jauh dari bandar Kangar, dengan kemudahan ruangan meletak kenderaan yang luas, ruangan makan yang selesa dan disediakan juga ruangan makan berhawa dingin akan memberikan keselesaan yang penuh kepada anda.


Menu terkenal di Restoran Anjung Keli ialah ikan keli bakar, aneka sambal dan air asam.


Waktu operasi:
10:00 pagi hingga 4:30 petang
Dibuka setiap hari kecuali jumaat.

4. Restoran Api-Api

Gambar kredit: petai.net

Kepada anda yang mencari tempat makan malam yang sedap dan layanan yang baik, anda boleh kunjungi Restoran Api-Api. Restoran ini berlokasi di kawasan Kuala Perlis yang terkenal dengan makanan lautnya.


Ruangan restoran yang selesa ditambah berdekatan dengan jeti dan lautan memberikan suasana makan malam anda akan diingati dan pasti akan datang lagi ke restoran ini.


Menu makanan laut seperti ikan, sotong, udang, ketam dan lain-lain disediakan di sini dengan harga yang berpatutan. Ramai pelanggan yang datang ke sini memberi maklum balas yang positif tentang kualiti makanan dan servis di Restoran Api-Api ini.


Menu terkenal di Restoran Api-Api ialah ‘Butter Prawn’ dan aneka jenis ikan bakar.


Waktu operasi:
5:30 petang hingga 11:30 malam
Dibuka setiap hari kecuali isnin.

Kami juga menyediakan pakej dan promosi menarik untuk percutian ke Perlis. Hubungi +6016 893 0309 atau melalui WhatsApp, klik di link untuk respon segera pihak kami. Kami juga boleh dihubungi melalui email di hello@smartleisuretravels.com untuk info lanjut tentang pakej-pakej yang kami sediakan.

Tentang Kami

Smart Leisure Travels merupakan agensi perlancongan berlesen yang berpangkalan di Sarawak dan juga mempunyai pejabat satelit di Kuala Lumpur. Kami menyediakan perkhidmatan berasaskan perlancongan dalam dan luar negara. Matlamat kami adalah untuk memberikan pengalaman dan percutian yang unik serta sukar dilupakan.

149 views

Related Articles

sarawak more to discover '24(1).png
Club Med
Malaysia Truly Asia, Tourism Malaysia
Sabre Travel Network
cuti-cuti Malaysia, Tourism Malaysia
MITA, Malaysian Inbound Tourism Association
ASIA, Association of Sarawak Inbound Agencies
Star Cruises
Royal Caribbean International, Cruises
bedsonline
Expedia
MATTA, Malaysian Association of Tour and Travel Agents
Contact Us

Head Office 

Smart Leisure & Travels Sdn. Bhd (1349354-K) (KPK/LN 10041)

Unit P4-G-2B, Chonglin Park,

Jalan Tabuan, 93100, Kuching, Sarawak, Malaysia

T : +60 82 422 282 / 017 905 0309

E : hello@smartleisuretravels.com​​

Perlis Branch Office 

Smart Leisure & Travels Sdn.Bhd (1349354-K) (KPK/LN 10041/1)
No.24, Tingkat Bawah, Jalan Kangar Jaya 7, Kangar Jaya,

Jalan Tuanku Syed Putra, 01000 Kangar, Perlis, Malaysia
T : +6017 339 2012

E : siddiq@smartleisuretravels.com​​

 

Kuala Lumpur Branch Office

Smart Leisure & Travels Sdn. Bhd (1349354-K) (KPK/LN 10041/2)

Unit 09-3A, Level 9, Menara MBMR,

No.1, Jalan Syed Putra,

58000 Kuala Lumpur, Malaysia

: +6010 663 9156 / 012 328 0378

Thank you, we will get back to you soon.

  • icon-sc-07
  • icon-sc-08
  • icon-sc-09

© 2020 by Smart Leisure & Travels Sdn. Bhd.

bottom of page