Tidak dapat dinafikan, tidak ramai yang menggunakan perkhidmatan travel agent atau ejen pelancongan terutamanya ketika travel dalam negara.

Sebenarnya, ada beberapa tanda yang patut anda perhatikan dan sekiranya ada, ternyata anda perlukan bantuan ejen pelancongan.
#1. Anda Buntu Dalam Proses Merancang
Sudah berminggu - minggu perancangan, namun anda masih tidak dapat mencari idea untuk percutian anda. Ini merupakan salah satu tanda yang anda patut mendapatkan khidmat nasihat atau terus hubungi agensi pelancongan yang menawarkan pakej - pakej pelancongan.

Kebiasaannya, orang ramai akan cuba melakukan dan menyelesaikan urusan percutian sendiri, namun mungkin kerana kekangan masa dan tidak tahu kemana dan aktiviti yang hendak dilakukan, anda tersekat pada fasa perancangan.
#2. Menanti Tawaran Menarik, Tetapi Sering Terlepas
Kebiasannya, ramai akan menanti nantikan tawaran atau promosi pakej atau tiket perjalanan yang murah. Percayalah, anda bukan berseorangan. Ada ribuan mungkin jutaan orang lagi melakukan perkara yang sama.

Jadi, bila tiba harga murah, jangan terkejut jika ianya habis terjual dalam masa yang singkat dan akhirnya anda terpaksa melupakan hasrat anda kerana kekurangan bajet.
Perkara sebegini tidak akan berlaku jika anda berhubungan atau membeli pakej dari agensi pelancongan. Kebiasaannya, mereka ada mendapat keistimewaan daripada hotel, pengusaha produk pelancongan dan sebagainya. Jadi, mereka biasanya dapat menawarkan harga pakej 'all-in' dengan lebih murah.

Seperti kami, kesemua pakej kami kebanyakkannya ada meliputi penginapan di hotel, pengangkutan, makan dan minum serta paling menarik akan ada pemandu pelancong yang akan ikut bersama. Setidaknya, perjalanan anda tidak membosankan dan pemandu pelancong ini pastinya akan memberikan penjelasan dan rekomendasi tempat terbaik di kawasan berkenaan.
#3. Anda Tidak Percaya Review Online
Betul, review online merupakan salah satu faktor penting untuk anda membuat keputusan untuk menginap, makan atau melakukan apa - apa aktiviti yang ditawarkan.

Namun, ada kalanya sesetengah pihak tidak berlaku jujur dan 'membeli' review positif dan sebagainya. Ini akan menyebabkan akhirnya, anda tidak berpuas hati dengan apa yang anda belanjakan.
Tidak seperti agensi pelancongan, sebelum mengeluarkan satu - satu pakej atau merekomendasikan hotel, mereka terlebih dahulu telah memastikan bahawa hotel tersebut dalam keadaan baik dan selesa untuk diinap. Biasanya, mereka pasti tidak akan menawarkan hotel yang tidak bagus kerana ini juga akan menjatuhkan reputasi syarikat mereka.
Seperti kami, setiap hotel di dalam pakej telah kami lawati dan kami akan pastikan anda mendapat layanan yang terbaik dari hotel berkenaan.
#4. Risau Akan Langkah Keselamatan Yang Diambil Bagi Mencegah Penyakit
Tidak dapat dinafikan, kebanyakan orang masih takut untuk bercuti walaupun di dalam negara kerana khuatir hotel atau tempat tinggal yang ditempah tidak mengikut SOP yang ditetapkan pihak kerajaan atau pihak berwajib bagi menangani masalah kesihatan (terutama waktu pandemik sekarang).

Jangan bimbang, rata - rata hotel yang kami tinjau amat professional dalam hal ini kerana mereka juga ingin menjaga pelanggan, pendapatan serta nama baik hotel mereka. Pada pengamatan kami, beberapa lawatan ke hotel mendapati mereka sangat mengikuti SOP yang dikeluarkan seperti menyediakan alat pengesan suhu, cecair sanitasi, mySejahtera dan mewajibkan tetamu mereka memakai topeng pelitup muka teruatamanya di kawasan umum.

Selain itu, kesemua hotel tidak lagi menyediakan buffet buat masa ini dan mereka hanya meyediakan ala-carte atau ada juga yang akan hantar ke bilik.
Proses pembersihan bilik oleh pihak housekeeping juga tidak dilakukan setiap hari di bilik tetamu bagi meminimumkan interaksi seterusnya mengurangkan risiko kepada tetamu dan juga pekerja.
Kesimpulannya, jika anda mempunyai salah satu daripada tanda diatas, silalah mendapatkan khidmat nasihat agen pelancongan dan pastikan mereka adalah berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC).
Comments