top of page

10 Tempat Makan Yang Mesti Cuba di Perlis 2021

Perlis dikenali sebagai negeri yang terletak paling utara di Malaysia. Sebuah negeri yang terkenal dengan keindahan alam semulajadi serta dalam masa yang sama merupakan sebuah negeri yang kaya dengan kepelbagaian pilihan makanan yang ada di negerinya.


Kedudukan geografi negeri Perlis yang strategik iaitu bersempadan dengan negara Thailand menjadikan makanan di negeri Perlis mempunyai unsur-unsur negara jirannya. Aneka jenis makanan dengan pelbagai rasa pasti menjanjikan kepuasan kepada anda yang menikmati makanan di Perlis dengan langitnya membiru dan udaranya segar dihirup.


Buat mereka yang berada di Perlis atau ingin bercuti di sini, terdapat banyak tempat makan yang menarik yang anda wajib ‘cuba try test’! Baik masakan Melayu ataupun masakan Barat, ini adalah senarainya yang pasti memuaskan hati para ‘food hunter’ kerana harga makanan di Perlis juga berpatutan.


1. Warung Tepi Sawah


Untuk sarapan pagi, anda boleh berkunjung ke Warung Tepi Sawah. Warung ini terletak betul-betul di tepi sawah yang nyaman dan menenangkan, di Kampung Bohor Janggus, Bintong. Makanan selera kampung yang terdapat di Warung Tepi Sawah ini seperti nasi lemak kukus ayam berempah, capati gulai ikan, bihun sup, pulut ikan kering, mee sup, laksa, roti arab, roti sarang burung dan bermacam lagi jenis sajian yang memuaskan hati.



Inilah antara pilihan makanan tradisional makanan sarapan pagi warga Perlis. Bukan itu sahaja, ada juga tempat bergambar di warung tersebut yang latar belakangnya sawah dan boleh dijadikan memori.


Aneka juadah yang ada di sini pasti meninggalkan kepuasan buat anda dan pasti jika anda datang ke negeri Perlis lagi pada masa akan datang mesti anda ingin datang lagi ke kedai ini oleh kerana keenakan makanannya disamping panorama yang menawan.


Waktu operasi:  7.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Dibuka setiap hari

2. Nira Nipah Khipli


Ada yang ingin santai petang sambil menikmati ketenangan berada dalam ladang nipah? Di Ladang Nira Nipah Khipli ini sebenarnya terdapat gerai yang dibuka untuk pengunjung menikmati keaslian air nira nipah yang segar.



Harganya juga berpatutan iaitu satu jug nira nipah adalah RM8.00. Bukan itu sahaja, pengunjung juga boleh santai petang dengan menikmati menu lain seperti laksa, air batu campur (ABC), laicikang, dan bihun sup. Di sini, konsep urus niaga adalah layan diri.


Waktu operasi: 1.00 petang hingga 7.30 petang 
Dibuka pada setiap hari kecuali Isnin
Surau juga ada disediakan untuk memudahkan para pengunjung solat di sini.

3. Chortiez & Co


Kepada para penggemar makanan Barat pula, inilah tempat makan yang anda tidak boleh lepaskan! Beralamat di Taman Sena, Kangar. Restoran Chortiez & Co menghidangkan pelbagai sajian Barat yang enak dan unik menunya dan sesuai untuk makan malam juga.


Bukan itu sahaja, kadangkala ada juga persembahan 'busking' yang pastinya menghiburkan para pelanggan. Menu yang tengah ‘panas’ sekarang iaitu Cowboy Tomahawk. Ada yang mahu makan malam tetapi inginkan sajian Barat? Inilah tempatnya.


Waktu operasi: 6.00 petang sehingga 1.00 pagi
Dibuka pada setiap hari

4. Api-Api Ikan Bakar


Seterusnya, Restoran Api-Api Ikan Bakar. Bertempat di Kuala Perlis. Sambil membuat pesanan, bolehlah mengambil gambar dan menjamu mata melihat suasana perkampungan tepi sungai ini. Restoran Api-Api merupakan tempat makan di Perlis yang menyediakan makanan laut yang segar gaya utara.



Antara menunya yang pasti mengiurkan orang yang datang ialah ikan jenahak makar, kepah masak cili, ketam masak sambal, sotong goreng tepung, kangkung belacan dan banyak lagi. Yang paling ‘tolak nasi’ adalah sambalnya yang memang betul-betul berapi!


Waktu operasi: 5.00 petang hingga 10.30 malam
Dibuka pada setiap hari kecuali Selasa

5. Maulana Cafe


Yang seteruanya, jangan lepaskan peluang untuk ke tempat makan ini, kalau tidak anda boleh menyesal! Maulana Cafe yang sangat klasik dek binaannya diperbuat daripada kayu yang sangat cantik. Paling menarik sebab ada roof top, memang jadi tumpuan di situ.



Tarikan utama Maulana Cafe ini sudah tentulah kerana menu dan harganya yang terlajak murah. Ya, menu di sini serendah RM1.90 sahaja! Antara menunya adalah nasi ayam kunyit, nasi ayam rendang, nasi hujan panas, mee rebus, kepak ayam berempah, sagu gula melak, spaghetti mushroom, spaghetti prego dan lain-lain lagi.



Saiz hidangannya tidaklah terlalu kecil tetapi jika di tempat lain, pastinya susah untuk dapatkan harga serendah ini. Bertempat di Jalan Baru, Kg Sri Medan, Utan Aji, Kangar. Dengan harga yang murah, pelanggan boleh mencuba berbagai jenis hidangan.


Waktu operasi: 4.00 petang hingga 11.30 malam
Dibuka pada setiap hari kecuali Isnin

6. Ngopi, Kangar


Kafe yang memfokuskan kepada minuman berasaskan kopi ini amat sesuai untuk anda yang penggemar kopi. Diasaskan sepenuhnya oleh Bumiputra yang juga merupakan anak jati Perlis. Pelbagai pilihan kopi yang boleh dipilih pasti memuaskan hati pelanggan yang datang. Kesegaran kopi yang baru dibru adalah tarikan utama kafe ini.



Nama "Ngopi" diinspirasikan daripada dialek orang tempatan iaitu apabila ingin makan dan minum di kedai. Anda boleh menikmati rasa kopi klasik dan asli yang ada di kafe ini bersama aneka pastri yang dijual. Kafe yang lebih berkonsepkan santai untuk para pelanggan ini adalah satu tempat makan petang yang boleh anda kunjungi bersama rakan-rakan atau keluarga.



Lokasi kafe ini adalah bersebelahan dengan lokasi para 'instagrammer' datang iaitu Kangar Street Art. Oleh itu kepada anda yang pergi ke Kangar Street Art boleh berkunjung ke kafe Ngopi ini yang hanya jarak beberapa meter sahaja.


Waktu operasi: Sabtu - Khamis = 10.00 pagi hingga 10.30 malam
Jumaat = 3.00 petang hingga 10.30 malam

7. Lapaq Cafe & Space


Kafe yang namanya dalam dialek orang utara Malaysia ini menjadi satu tarikan kepada orang ramai. Makanan yang ada di kafe ini ialah berunsurkan makanan Barat. Pelanggan yang datang ke kafe ini memberikan respon yang positif terhadap kafe ini oleh kerana harga makanan dan minumannya yang berpatutan dan berbaloi.



Menu yang beraneka dan penyediaan makanan yang kelihatan amat menyelerakan menarik minat ramai orang untuk makan di kafe ini. Kepada anda yang mencari makanan Barat yang enak dengan penyediaan makanannya seolah-olah makan di hotel, anda boleh datang ke Lapaq Cafe & Space ini untuk menjamu selera.



Suasana kafe yang cantik dengan hiasan lampu yang menarik mata untuk melihat pasti sesuai untuk anda bergambar kenangan di kafe ini. Antara menu yang popular di sini ialah 'Grill Salmon with garlic lemon sauce' yang menjadi kesukaan ramai pelanggan yang datang.



Lokasinya yang tidak jauh dari bandar Kangar dan Bandar Diraja Arau pasti memudahkan untuk anda yang baru pertama kali datang untuk mencari lokasi kedai ini. Jika anda datang pada waktu malam, dari jauh lagi anda akan dapat melihat kecantikan lampu yang ada di kafe ini.

Waktu operasi: 4.00 petang hingga 12.00 malam
Dibuka setiap hari kecuali Ahad

8. Bain at Ehem Ehem


Apabila kita mendengar nama kedai makan ini pasti pelbagai persepsi yang bermain di minda. Tetapi inilah tarikan yang dibuat oleh pemilik kedai makan ini yang agak berlainan dari nama kedai lain.



Kedai makan ini sesuai untuk anda yang mencari tempat lepak pada waktu malam bersama keluarga atau rakan. Hidangan yang mencampurkan makanan Barat dan tempatan pasti memenuhi selera semua orang yang datang.



Hidangan Char kway teow adalah satu menu wajib yang perlu anda pesan apabila datang ke kedai ini. Hal ini kerana Char kway teow di sini amat sedap dan menjadi kegemaran ramai pelanggannya.



Ramai juga anak muda yang meminati sukan bola sepak datang ke sini oleh kerana pemiliknya yang cenderung meminati sukan bola sepak dan memberikan satu keselesaan kepada para peminat sukan ini untuk datang dan bersembang mengenai sukan tersebut bersama.



Nasi Daging Ehem Ehem, Kambing Golek dan Nasi Arab Ehem Ehem juga adalah menu popular di kedai ini. Oleh kerana nama menunya yang unik telah menarik ramai orang untuk mencuba menu ini dan menjadikannya popular dalam kalangan penduduk setempat.

Waktu operasi: 6.00 petang hingga 1.00 pagi
Dibuka setiap hari kecuali Isnin

9. Obses Kitchen Kangar


Tempat makan seterusnya ialah sebuah kafe yang terletak di bandar Kangar, merupakan sebuah kafe yang menyediakan makanan seperti makanan Barat, Nasi Arab dan makanan tempatan.


Kepelbagaian jenis makanan yang ada di kafe ini menarik minat ramai orang untuk singgah menikmati makanan di sini seperti Set Talam Obses yang hanya berharga RM49.40 sahaja tetapi boleh dimakan oleh 2 atau 3 orang dan sangat berbaloi.



Seperti yang telah dinyatakan tadi, kafe ini bukanlah seperti kafe-kafe yang biasa tetapi kelainannya ialah kerana menunya yang dicampurkan dengan unsur makanan Barat dan Arab yang menjadi kesukaan ramai orang di Malaysia. Bagi anda yang gemar akan jenis masakan seperti ini bolehlah berkunjung ke Obses Kitchen Kangar ini.


Waktu operasi: 12.00 tengahari hingga 10.00 malam
Dibuka setiap hari kecuali Ahad

10. Warung Bang Teh


Tempat makan terakhir tetapi tidak ketinggalan ialah Warung Bang Teh yang amat terkenal dengan aneka jenis menu makanan yang ada di sini. Tempat makan ini sesuai untuk anda yang inginkan satu tempat makan tetapi ada pelbagai jenis makanan.




Di Warung Bang Teh ini disediakan makanan seperti pulut ayam yang merupakan menu Top di sini, nasi ayam, koteaw sup, bihu sup, laksa, cendol, rojak, makanan Thai seperti 'somtam berapi' dan juga pencucui mulut seperti ais kacang (ABC Gunung) dan laihikang.



Menunya yang meriah disamping harga yang sudah semestinya murah pasti anda tidak akan menyesal datang ke Warung Bang Teh ini. Bayangkan harga ais kacang di sini hanya RM2.50 sahaja.



Jadi kepada anda yang datang ke Perlis dan ingin merasa makanan yang ditawarkan di Warung Bang Teh ini, anda amat digalalakkan memilih kedai ini kerana dengan nilai makanannya dan harganya yang sangat mesra poket dan sesuai untuk anda yang bercuti secara bajet.


Waktu operasi: 10.00 pagi hingga 9.00 malam
Dibuka setiap hari kecuali Khamis dan Jumaat

Berbagai jenis hidangan di Perlis yang mempunyai banyak unsur sudah pasti akan memberikan kepuasan kepada pengunjung dengan pelbagai latarbelakang. Kepada anda yang ingin cuba makanan yang kami senaraikan, boleh berkunjung ke negeri Perlis dan rasai sendiri kesedapan makanannya, yang pasti anda akan berpuas hati.



Kami juga menyediakan pakej dan promosi menarik untuk percutian ke Perlis. Hubungi +60168930309 atau melalui WhatsApp, klik di link untuk respon segera pihak kami. Kami juga boleh dihubungi melalui email di hello@smartleisuretravels.com untuk info lanjut tentang pakej-pakej yang kami sediakan.

Tentang Kami

Smart Leisure Travels merupakan agensi perlancongan berlesen yang berpangkalan di Sarawak dan juga mempunyai pejabat satelit di Kuala Lumpur. Kami menyediakan perkhidmatan berasaskan perlancongan dalam dan luar negara. Matlamat kami adalah untuk memberikan pengalaman dan percutian yang unik serta sukar dilupakan.

17,219 views

Comments


Related Articles

bottom of page