Umum ketahui bahawa mulai 7 Disember lalu, pergerakan dalaman kawasan PKPB dan keluar ke kawasan PKPB dan PKPP DIBENARKAN TANPA permit kebenaran PDRM dan berdasarkan kapasiti penuh kenderaan.

Bermula 23 November 2020 prosedur operasi standard (SOP) Gelembung Perjalanan Domestik telah pun diluluskan. Inisiatif ini memberi kebenaran untuk pergerakan antara zon hijau dengan negeri.
Dengan SOP 'pelancongan' terbaru yang dikeluarkan oleh MOTAC pada Isnin lalu, terdapat banyak promosi - promosi melibatkan pelancongan telah mula dijual selain orang ramai sudah mula berkira - kira untuk melancong ke pelbagai destinasi menarik di Malaysia.

Menurut statistik yang dikumpulkan oleh kami, carian tentang destinasi percutian telah mencatatkan kenaikan mendadak sejak Isnin lalu dan berikut adalah Top 10 Negeri Yang Popular Untuk Percutian :
#10. Labuan
Wilayah Persekutuan Labuan merupakan destinasi yang berada di tangga ke-10 dalam senarai carian tertinggi untuk destinasi percutian dalam kalangan pengguna internet di Malaysia.

Jika anda ada rencana untuk ke Labuan; kami sarankan anda ke tempat menarik di Labuan seperti:
- Pantai Layang - Layang
- The Chimney Museum
- Labuan Bird Park
- Pulau Rusukan Besar
dan banyak lagi!
#9. Terengganu
Terengganu amat terkenal dengan destinasi percutian Pulau seperti Redang, Perhentian, Kapas dan sebagainya.

Selain itu, tidak lengkap perjalanan ke Terengganu sekiranya anda tidak mencuba makanan - makanan yang sangat sinonim dengan negeri ini seperti Nasi Dagang, Keropok Lekor dan banyak lagi.
Jika anda mahu ke Terengganu, kami sarankan anda sentiasa mengambil kira faktor cuaca.
Walaupun begitu, sekiranya anda ke Terengganu, kami sarankan anda untuk ke :
- Pulau ( Redang, Kapas, Perhentian)
- Pasar Payang
- Masjid Kristal
- Santuari Penyu Rantau Abang
dan banyak lagi lokasi menarik percutian di Terengganu.
p/s : Kami ada promosi khas sempena 12.12 untuk pakej percutian ke Pulau Redang!
#8. Kedah
Terkenal dengan gelaran Negeri Jelapang Padi, Kedah merupakan negeri tertua di Malaysia serta kaya dengan tarikan seperti tapak arkeologi.

Selain lokasi percutian menarik di Alor Star, Baling dan sebagainya, semestinya salah satu destinasi yang popular di Kedah adalah Pulau Langkawi yang juga merupakan lokasi tapak Geopark Dunia UNESCO yang pertama di Asia!
Selain Langkawi, anda boleh ke tempat percutian menarik di Kedah seperti :
- Muzium Arkeologi Lembah Bujang
- Menara Alor Star
- Sungai Sedim Tree Top Walk
- Gunung Jerai
dan pelbagai lagi destinasi percutian di Kedah.
#7. Perak
Bila sebut tentang Perak, semestinya destinasi yang sering menjadi sebutan adalah Ipoh!

Jika nak diikutkan, destinasi pelancongan di negeri perak terlalu banyak dan ianya meliputi kepulauan, sungai jeram dan air terjun, gua, tasik, bangunan lama tinggalan sejarah, hutan rekreasi dan alam semula jadi.
Sekiranya anda ke Perak, kami sarankan anda untuk ke :
- Sungai Klah Hotspring
- Kellie's Castle
- Kuala Kangsar
- Pulau Pangkor
dan destinasi pelancongan menarik yang lain di Perak.
#6. Pulau Pinang
Jika anda mencari destinasi percutian yang mempunyai pantai pasir putih berserta laut yang nyaman tetapi tidak mahu meninggalkan segala kemudahan bandar yang moden, anda tidak akan kecewa memilih Pulau Pinang sebagai destinasi percutian seterusnya.

Sekiranya anda ke Pulau Pinang, kami sarankan anda untuk ke :
- Pasar Chowrasta
- The Habitat Penang
- The Blue Mansion
serta pelbagai lagi destinasi pelancongan menarik di Pulau Pinang.
#5. Kuala Lumpur
Jika anda berada di Kuala Lumpur, pastinya anda merasakan tiada apa yang menarik di Kuala Lumpur, tetapi percayalah, di Kuala Lumpur sendiri ada pelbagai destinasi menarik untuk dikunjungi.

Antara destinasi atau lokasi menarik di Kuala Lumpur :
- Menara KLCC
- Menara KL
- Muzium Bank Negara
- Taman Burung KL
dan banyak lagi...
#4. Selangor
Selangor boleh dikatakan negeri yang terkenal untuk landskap hijaunya tetapi tidak kurang juga 'vibe' gaya hidup seperti yang terdapat di Kuala Lumpur. Negeri ini mempunyai begitu banyak tarikan, dan anda boleh mula dilawati seperti tarikan alam semulajadi, tarikan eko pelancongan serta pelbagai lagi.

Berikut merupakan tempat menarik di Selangor :
- Pantai Morib
- Hutan Rekreasi Sungai Congkak
- Air Terjun Chiling
- Sekinchan
dan lokasi - lokasi menarik di Selangor yang lain.
#3. Negeri Sembilan
Dengan kedudukan lokasinya yang cukup strategik berdekatan dengan KL dan Selangor tidak mengejutkan kenapa Negeri Sembilan menjadi destinasi pilihan untuk percutian anda, yang pastinya menawarkan kepelbagaian yang memeriahkan percutian anda sekeluarga.

Antara lokasi menjadi tarikan pastinya Port Dickson, Gunung Datuk, Pusat Rekreasi Ulu Bendul dan pelbagai lagi tempat menarik.
#2. Pahang
Pahang adalah negeri terbesar di Semenanjung Malaysia. Hampir dua per tiga dari negeri ini masih diselubungi oleh hutan hujan tropika yang menghijau, menjadikannya wilayah yang indah dan subur dan sebagai perbendaharaan hidupan liar sebagai tempat menarik di Pahang.

Tempat menarik terbaik negeri Pahang termasuklah Taman Negara iaitu hutan hujan yang berusia 130 juta tahun yang menjadi tempat perlindungan hidupan liar, taman, tasik dan air terjun. Permata berharga lain yang masih terjaga rapi ialah Taman negeri Endau-Rompin dan Pulau Tioman.
Berikut merupakan tempat menarik di Pahang :

#1. Melaka
Melaka sememangnya terkenal dan popular sebagai destinasi pelancongan mempunyai tempat-tempat menarik untuk dikunjungi. Tidak hanya kawasan bersejarah, ia juga popular dengan pelancongan kebudayaan, makanan serta taman tema.

Bandaraya Melaka diiktiraf oleh UNESCO dan di peringkat antarabangsa sebagai salah satu bandar warisan dunia kerana mempunyai banyak tempat-tempat bersejarah yang tinggi nilainya di samping mempunyai campuran budaya-budaya yang menarik untuk diterokai seperti Peranakan ataupun Baba & Nyonya.
Antara destinasi wajib singgah sekiranya ke Melaka adalah :
- Pantai Klebang
- Menara Taming Sari
- Muzium Kapal Selam
- Jonker Walk
dan banyak lagi destinasi...
Comments